PNC Park
PNC Park

PNC Park

PNC Park merupakan stadium besbol yang terletak di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Major League Baseball, Pittsburgh Pirates.[8][9] Stadium ini mula dibuka ketika MLB musim 2001. Stadium ini dibina dengan keluli dan batu kapur serta mempunyai permukaan rumput asli. Kapasiti stadium pula sebanyak 38,747 orang untuk besbol. PNC Park telah dibina di timur stadium lama, Three Rivers Stadium yang telah dirobohkan pada 2001. Perancangan untuk membina stadium baharu Pirates telah bermula sejak 1991 tetapi ia tidak berhasil selama lima tahun. Sumber dana bersama Acrisure Stadium dan David L. Lawrence Convention Center, sadium ini telah dibina pada kos sebanyak $216 juta dan memakan masa selama 24 bulan. Stadium ini dibina mengikut gaya "klasik retro" berdasarkan venue lama Pittsburgh, Forbes Field. PNC Park juga menampilkan ciri-ciri unik seperti penggunaan batu kapur pada muka bangunan.[10] Terdapat juga beberapa kenangan yang diabadikan kepada Roberto Clemente di stadium ini seperti Sixth Street Bridge yang dinamakan sempena nama bekas pemain Pittsburgh tersebut. Selain dari aksi musim dan postseason Pirates, PNC Park juga melangsungkan acara lain yang termasuklah Perlawanan All-Star Major League Baseball 2006 dan beberapa konsert.PNC Financial Services pada asalnya telah memperoleh hak nama pada tahun 1998 dengan kontrak selama 20 tahun dan bernilai $30 juta.[11][12] Hak nama itu kini diteruskan sehingga tahun 2031.[13]Beberapa penulis telah mendapati PNC Park sebagai salah sebuah stadium besbol terbaik yang pernah ada di Amerika. Perkembangan ini diambil daripada lokasinya, pemandangan langit Pittsburgh dan Sungai Allegheny, reka bentuk tidak mengenal masa, sudut yang jelas menghadap padang dari setiap tempat duduk.[14][15][16][17]

PNC Park

Alamat 115 Federal Street
Pemilik Sports & Exhibition Authority of Pittsburgh and Allegheny County[1]
Saiz Padang Kiri Padang – 325 kaki (99 m)
Kiri-Pusat – 383 kaki (117 m)
Kiri-Pusat Dalam Padang – 410 kaki (125 m)
Pusat Padang – 399 kaki (122 m)
Kanan-Pusat – 375 kaki (114 m)
Kanan Padang – 320 kaki (98 m)
Backstop – 51 kaki (16 m)
Koordinat 40°26′49″N 80°0′21″W / 40.44694°N 80.00583°W / 40.44694; -80.00583Koordinat: 40°26′49″N 80°0′21″W / 40.44694°N 80.00583°W / 40.44694; -80.00583
Permukaan Kentucky Bluegrass
Pecah tanah 7 April 1999 (7 April 1999)
Lokasi Pittsburgh, Pennsylvania, A.S.
Dibuka 31 Mac 2001 (31 Mac 2001)
Perkhidmatan jurutera M*E Engineers[6]
GAI Consultants, Inc.
Kapasiti 37,898 (2001–2003)
38,496 (2004–2007)
38,362 (2008–2017)
38,747 (2018–kini)[2]
Pentadbir Pittsburgh Pirates[1]
Rekod kehadiran 40,889 (7 Oktober 2015)
Kos pembinaan AS$216 juta
($268 juta dalam 2016 dolar[3])
Jurutera struktur Thornton-Tomasetti Group Inc.[6]
Arkitek HOK Sport (kini Populous)[4]
L.D. Astorino & Associates
Kontraktor am Dick Corporation/Barton Malow JV[7]
Pengurus projek Project Management Consultants LLC[5]

Rujukan

WikiPedia: PNC Park https://web.archive.org/web/20190719155616/http://... http://www.pgh-sea.com/pncpark.htm http://www.minneapolisfed.org/community_education/... http://populous.com/projects/type/ballparks http://www.aboutpmc.com/pittsburgh-pirates-pnc-par... http://www.sportsbusinessdaily.com/Journal/Issues/... http://www.ballparks.com/baseball/national/pitbpk.... https://triblive.com/sports/pnc-pirates-agree-to-1... https://www.sportspromedia.com/news/pittsburgh-pir... https://pittsburgh.cbslocal.com/2015/07/27/pnc-par...